YALPK | Surabaya – Ribuan Mahasiswa turun jalan di berbagai daerah menolak RUU dan RKUHP Kini giliran Mahasiswa Surabaya yang di pelopori Aktifis HMI Surabaya, Kantor Instansi Pemerintah Surabaya jadi ajang umpatan para Mahasiswa yang demo hari ini. RUU KPK dan RKUHP yang dianggap mematikan dan melemahkan kinerja KPK. selasa, 24/09/2019.
Orasi aktivis HMI di depan Gedung Grahadi Surabaya selain mengemukakan tuntutannya dalam sebuah poster. Dalam garis besar mengkritik kinerja para Dewan Perwakilan Rakyat (DPR).
Umpatan dan kata kata kotor keluar dari mulut para pendemo, Ini Negara Apa Penjara””Jancok Jangan Nonton Film Porno Tok”, “DPR Medot Janji”, dan “Indonesia Darurat Kembalikan Mandat Rakyat”.
Ketua HMI Cabang Surabaya, Andi Setyawan,saat di dpan awak media mengatakan dengan disahkannya revisi UU KPK yang baru serta rencana revisi RKUHP membuat DPR kehilangan marwahnya sebagai penyambung lidah rakyat.
Masih dari Andi, Saya menilai UU KPK hasil revisi yang baru saja disahkan DPR justru melemahkan lembaga antirasuah itu. ” Maka dari itu kami mendesak Presiden untuk segera mengeluarkan Perppu (peraturan pemerintah pengganti undang-undang) (gle/ir)
Bismillahir Rahmanir Rahim
Salam wa rahmah.
Dialog mahasiswa.
“Jawapan kepada pengkritik dari negeri Terangganu”
Pengkeritik tidak faham dua topik perbincangan dalam video tersebut:
1. Perkahwinan dua beradik lelaki dan perempuan Sunni (kahwin sedarah) telah berlaku di Lubnan.
2. Fatwa Imam Abu Hanifah yang dikemukan oleh pencelah dalam vedio tersebut tentang pengharusan nikah akad fasid dengan ibu kandung, anak perempuan sendiri, ibu saudara sebelah bapa dan ibu… yang menghalang pelaku dari dikenakan hukum had ke atasnya dan anak (walad) dinasabkan kepadanya menurut fatwa Imam Abu Hanifah.
3. Pengkritik perlu membaca teks fatwa Imam Abu Hanifah dalam bahasa Arab dengan teliti sebagaimana disiarkan dalam video tersebut.
4. Fokus kepada teks fatwa yang telah dikemukakan oleh pencelah itu.
5. Jika pengkritik kurang memahami bahasa Arab, dia boleh membaca terjemahannya atau meminta bantuan orang lain mengenainya.
6. Sepatutnya pengkritik mengkritik fatwa Abu Hanifah yang dikritik oleh Imam Ja’far al-Sadiq AS dan kebanyakan para ulama Ahli Sunnah sendiri.
7.Pengkritik sepatutnya mengkeritik fatwa Imam Abu Hanifah kerana fatwanya itu bertentangan dengan al-Qur’an dan Hadis yang mengenakan hukum had kepada pelaku tersebut.
8. Tidakkah akad yang sah menurut al-Qur’an dan Hadis itu lebih baik daripada akad fasid yang digunakan oleh Imam Abu Hanifah yang dianggap oleh pengkritik sebagai ijtihad?
9. Aneh sekali, pengkritik menyangka fatwa Imam Abu Hanifah yang mengharuskan “berkahwin” dengan ibu kandung dan anak kandung … Secara akad fasid itu sebagai ijtihad!
10. Ketahuilah bahawa Ijtihad tidak boleh menyalahi al-Qur’an dan Hadis (Nas).
11. Ijtihad adalah pendapat manusia yang tidak maksum. Sementara al-Qur’an (Nas) adalah wahyu daripada Allah, Pencipta makhluk. Dan Hadis pula (Nas) adalah daripada Nabi Muhammad SAW yang maksum dalam bentuk Hadis…
12. Kedudukan Ahlulbait Nabi Muhammad SAW itu adalah lebih tinggi daripada kedudukan para sahabat, menurut al-Qur’an dan Hadis, Surah al-Ahzab (33): 33, dan Hadis al-Thaqalyni: Kitabullah wa itrati Ahli Baiti”
13. Imam Abu Hanifah Imam Malik, Imam Syafi’i dan Imam Ahmad bin Hanbal bukan daripada Ahlulbait Nabi Muhammad SAW. Mereka bukan dari keturunan Rasulullah SAW.
14. Imam Ja’far al-Sadiq AS adalah guru kepada Imam Abu Hanifah dan Imam Malik, tetapi mereka berdua tidak mengikut ajarannya kerana mereka berdua menggunakan Qiyas sebagai sumber hukum yang ditentang oleh Imam Ja’far al-Sadiq AS dan para Imam Ahlulbait AS.
15. Persoalannya: Bagaimana dikiaskan 4 orang saksi disyaratkan dalam menetapkan hukum zina sementara 2 orang saksi sahaja disyaratkan bagi menetapkan hukum bunuh? Sedangkan pembunuhan itu adalah lebih berat dari zina!.
16.Imam Syafi’i telah belajar daripada (anak-anak murid) Imam Abu Hanifah dan Imam Malik.
17. Imam Syafi’i adalah guru kepada Imam Ahmad bin Hanbal.
18. Pengkritik menyebut Ahmad bin Hanbal yang tidak disebut dalam wawancara TV itu.
19. Begitu juga pencelah tidak menyebut nama Ahmad bin Hanbal dalam hujahnya.
20. Penterjemah kepada fatwa Imam Abu Hanifah pula, ( Ibn Hazm, al-Muhalla, jilid, 1, hlm. 253, Beirut,tt.), tidak pernah menyebut nama Ahmad bin Hanbal.
21. Aneh! Kenapa pengkritik dari negeri Terangganu itu terlalu sensitif dengan Ahmad bin Hanbal sedangkan nama itu tidak pernah disebut dalam wawancara dan tulisan itu?
22. Jauh sekali untuk berniat jahat terhadap Ahmad bin Hanbal dalam wawancara dan terjemahan fatwa itu. Justeru, tuduhan pengkritik adalah tidak tepat dan terkeluar dari skop perbincangan akademik. Apatah lagi apabila dia menuduh penterjemah sebagai bodoh dan tidak akademik pula. Biarlah orang ramai yang akan menilainya. Jika pengkritik seorang “syed” yang tulin, dia harus mempunyai akhlak yang mulia seperti akhlak Rasulullah SAW. Dan dia tidak meninggi diri. Justeru, dia harus tengok cermin.
23. Ini menunjukkan pengkritik tidak meneliti wawancara itu khususnya tentang fatwa Imam Abu Hanifah dalam bahasa Arab dan dia tidak meneliti apa yang ditulisnya pula!.
24. Persoalannya: Apakah pengkritik itu seorang penganut Wahabi yang menyamar sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah?
25. Ketahuilah, kalian bahawa Salafi/Wahabi mengkafirkan mazhab Syafi’i dan Asya’irah. Mereka hanya mencuri nama Ahli Sunnah Wal Jamaah untuk kepentingan mereka sahaja.
26. Ibn Taimiyyah yang menjadi ikutan Salafi/Wahabi (1) mengkafirkan mazhab Syafi’i dan Asya’irah. Dia berkata: Siapa yang berkata: Aku adalah Syafi’i dari sudut syariat, dan Asy’ari dari sudut iktikad, maka kami berkata kepadanya: Kata-katanya bukan sahaja berlawanan, malah ia adalah daripada kemurtadan (murtad)” (Kitab Majma’ al-Fatawa, oleh Ibn Taimiyyah, iv, hlm. 106, Cairo, tt).
(2) Modus Oprandi Wahabi sekarang adalah mengkafirkan Syiah secara terbuka terutamanya di Malaysia.
(3) Kemudian mereka mengkafirkan mazhab Syafi’i dan mazhab Asya’irah pula secara terbuka apabila bilangan mereka bertambah kelak dan mendapat sokongan penuh daripada penguasa dengan sepenuhnya (100%).
27. Pengkritik tidak menyebut fatwa Imam Syafi’i yang mengharuskan bapa (penzina) mengahwini anak biologinya atau anak perempuan zinanya sendiri!
28. Pengkritik tidak menyebut fatwa Imam Syafi’i yang mengharuskan anak lelaki zina mengahwini
Ibu biologinya atau ibu kandungnya sendiri? Tidakkah fatwa ini dikira aneh dan bertentangan dengan akal yang sejahtera?
29. Pengkritik tidak menyebut fatwa Imam Malik yang mengharuskan persetubuhan ke atas anak perempuan saudaranya atau anak perempuan saudara perempuannya… di atas dasar pemilikan hamba (milk al-Yamin). Imam Malik berkata: Sesiapa yang memiliki
anak perempuan saudaranya atau anak perempuan saudara perempuannya, ibu saudara sebelah bapanya, ibu saudara sebelah ibunya, perempuan bapanya, perempuan anak lelakinya… Kemudian dia menyetubuhi mereka dalam keadaan dia mengetahui akibatnya. Justeru, anak itu akan dinisbahkan kepadanya dan tidak ada had ke atasnya pula.
30. Imam Abu Hanifah telah menetapkan nasab anak (walad) kepada bapa yang telah menikahi anak perempuan kandungnya berasaskan “akad fasid” dan biologi bapanya.
31. Sementara Imam Syafi’i tidak menetapkan nasab anak zina kepada bapa boiloginya tanpa akad nikah yang sah.
32. Imam Malik telah menetapkan nasab kepada bapa biologinya jika persetubuhan itu atas dasar pemilikan hamba (milk al-Yamin).
33. Terjemahan fatwa Imam Abu Hanifah tentang harusnya menikahi ibu, anak perempuan kandung… dengan akad fasid (akad yang tidak sah). Sementara anak (walad) dinasabkan kepadanya dan ia tidak dikenakan had pula:
Imam Abu Hanifah telah berkata: Tidak dikenakan hukum had (zina) ke atas sesiapa yang telah mengahwini ibunya yang telah melahirkannya (wa la hadda ‘ala man tazawwaja ummata-hu allati waladat-hu), anak perempuannya sendiri (binta-hu), saudara perempuannya sendiri (ukhta-hu), neneknya (jiddata-hu), ibu saudaranya sebelah bapa (‘ammata-hu), ibu saudaranya di sebelah ibu (khalata-hu), anak perempuan kepada saudara lelakinya (binta akhi-hi), anak perempuan kepada saudara perempuannya (binta ukhti-hi) dalam keadaan dia (lelaki itu) mengetahui kekerabatan mereka semua daripadanya (‘aliman bi-qarabati-hinna min-hu), dalam keadaan dia mengetahui haramnya mereka semua ke atasnya (‘aliman bi-tahrimi-hinna min-hu) dan persetubuhan mereka dengannya (wa wath’i-hinna min-hu), maka anak (yang lahir dari persetubuhan itu) dinasabkan kepadanya (walad lahiqun bi-hi) dan mas kahwin (mahar) adalah wajib untuk mereka (al-mahr wajibun la-hunna). Tidakkah fatwa ini dikira aneh dan memalukan?
**
34. Menurut Imam Sufyan al-Thauri pula: Tidak wajib ke atasnya (had) melainkan Takzir yang kurang daripada 40 sebatan (wa laisa ‘alai-hi illa al-Ta’zir duna al-Arba’iin fa-qat, huwa qaulu al-Sufyan al-Thauri). Tidakah fatwa ini dikira aneh dan meringan-ringankan hukum had?
35. Walau bagaimana pun Imam Abu Hanifah dan Sufyan al-Thauri telah berkata: Maka sesungguhnya persetubuhan dengan mereka tersebut tanpa akad nikah adalah zina (fa-inna wath’a-hunna bi-ghairi nikah fa-huwa zina), maka wajib ke atasnya apa yang wajib ke atas pelaku zina (‘alai-hi ma ‘ala al-Zani min l-Had), sila lihat, Ibn Hazm, al-Muhalla, jilid 11, hlm. 253, Dar al-Fikr, Bairut, tt.
**
36. Terjemahan fatwa Imam Malik:
“Tetapi Imam Malik pula telah membezakan antara persetubuhan dengan “akad nikah” dan persetubuhan dengan pemilikan hamba (illa anna malikan farraqa baina al-Wath’i fi-dhali-ka bi-‘aqd al-Nikah wa baina al-Wath’i fi ba’dhi dhalik bi-milk al-Yamin). Maka dia (Imam Malik) telah berkata: Sesiapa yang memiliki
anak perempuan saudaranya atau anak perempuan saudara perempuannya, ibu saudara sebelah bapanya, ibu saudara sebelah ibunya, perempuan bapanya, perempuan anak lelakinya secara peranakan, ibu susuannya, anak perempuan susuannya, saudara perempuan susunya dalam keadaan dia mengetahui pengharaman mereka ke atasnya. Dia pula mengetahui kekerabatan mereka daripadanya (fa-qala: Man malaka binta akhi-hi au binta ukhti-hi wa’ammati-hi wa mraata abi-hi wa mraata ibni-hi bi l- wiladati wa umma-hu nafsa-hu min al-Ridha’ah wa bnata-hu min al- Ridha’ah wa ukhta-hu min al-Ridha’ah wa huwa ‘arifun bi -tahrimi-hinna wa ‘arifun bi qarabati-hinna min-hu). Kemudian dia menyetubuhi mereka dalam keadaan dia mengetahui akibatnya. Justeru, anak itu akan dinisbahkan kepadanya dan tidak ada had ke atasnya (thumma watha’a-hunna kula-hunna ‘aliman bi-ma’alai-hi fi dhalik, fa-inna l-walad lahiqun bi-hi wa la hadda ‘alai-hi), ibid.
Tidakkah fatwa ini dikira aneh dan memalukan?
37. Ketahuilah, kalian bahawa pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menyalahi al-Qur’an dari segi akidah adalah sebanyak 93 ayat. Persoalannya: Kenapakah pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dijadikan asas agama Islam di Malaysia, bukan al-Qur’an itu sendiri sebagai asasnya? Sementara tidak terdapat mazhab Ja’fari atau mazhab Syiah Imam 12 yang menyalahi al-Qur’an dari segi akidah (Yusuf al-Hilli, Nahj al-Haq wa Kasyf al-Sidq, Tehran, tt, hlm. 205-112).
38. Ketahuilah, kalian bahawa para Imam Mazhab Empat telah menyalahi al-Qur’an dan Hadis dari segi syariah sebanyak 357 perkara. Kemudian ia dijadikan sebagai hukum syarak oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sementara tidak terdapat di kalangan para Imam 12 atau mazhab Ja’fari yang menyalahi al-Qur’an dan Hadis dari segi syariat (ibid, hlm. 420-453).
39. Perlu dinyatakan bahawa para Imam Mazhab Empat telah menjadikan sunnah Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman yang menyalahi al-Qur’an dan Hadis sebagai akidah dan syariah mereka dari sudut amali.
40.Justeru, mereka menolak Hadis al-Thaqalayni: Kitabullah wa ‘itrah Ahli baiti” Kitab Allah dan keluargaku”
41. Oleh itu, tidak hairanlah jika Khalifah Ali AS berkata bahawa Khalifah-khalifah sebelumnya telah mengubah Sunnah-sunnah Rasulullah SAW dengan sengaja.
Khalifah Ali AS berkata: “Khalifah-khalifah sebelumku telah melakukan perbuatan-perbuatan yang menyalahi Rasulullah SAW dengan sengaja. Mereka melanggar janji mereka dengan beliau SAW dengan mengubah Sunnah-sunnah beliau.
Sekarang jika aku memaksa mereka supaya meninggalkannya dan mengembalikannya kepada keadaan sebagaimana di zaman Rasulullah SAW, nescaya tenteraku akan bertaburan lari dariku, meninggalkanku bersendirian atau hanya sedikit sahaja di kalangan Syi’ahku yang mengetahui kelebihanku, dan imamahku melalui Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah SAW akan tinggal bersamaku.
Apa pendapat kalian, sekiranya aku menempatkan Maqam Ibrahim pada tempat yang telah ditempatkan oleh Rasulullah SAW, mengembalikan Fadak kepada pewaris-pewaris Fatimah AS, mengembalikan timbangan dan ukuran seperti yang lazim di zaman Rasulullah SAW, mengembalikan tanah kepada orang yang telah diberikan oleh Rasulullah SAW, mengembalikan rumah Ja’far kepada pewaris-pewarisnya dan memisahkannya dari masjid (kerana mereka telah merampasnya dan memasukkannya ke dalam masjid); mengembalikan hukum-hukum yang kejam yang dipaksa oleh Khalifah-Khalifah yang terdahulu ke atas wanita-wanita yang secara tidak sah telah dipisahkan dari suami mereka.
Mengembalikan jizyah kepada Bani Taghlab, mengembalikan tanah Khaibar yang telah dibahagikan, memansuhkan dewan-dewan pemberian dengan meneruskan pemberian kepada semua orang sebagaimana dilakukan pada masa Rasulullah SAW tanpa menjadikannya tertumpu di kalangan orang kaya, memulihkan pajak bumi, menyamakan kaum Muslimin di dalam masalah nikah kahwin, melaksanakan khumus sebagaimana difardukan Allah SWT.
Memulihkan Masjid Nabi seperti bentuknya yang asal pada zaman Nabi SAW, menutup pintu-pintu yang dibuka (selepas kewafatan Rasul) dan membuka pintu-pintu yang ditutup (selepas kewafatan Rasul), mengharamkan penyapuan di atas al-Khuffain, mengenakan hukum had ke atas peminum Nabidh, memerintahkan halal mut’ah wanita dan mut’ah haji sebagaimana pada zaman Nabi SAW, memerintahkan takbir lima kali dalam sembahyang jenazah, mewajibkan kaum Muslimin membaca Bismillahi r-Rahmani r-Rahim dengan suara yang nyaring pada masa sembahyang.
Mengeluarkan orang yang dimasukkan bersama Rasulullah SAW di dalam masjidnya, di mana Rasulullah SAW telah mengeluarkannya (Abu Bakar dan Umar), memasukkan orang yang dikeluarkan selepas Rasulullah SAW (beliau sendiri) di mana Rasulullah SAW telah memasukkannya, memaksa kaum Muslimin dengan hukum al-Qur’an dan talak menuruti Sunnah, mengambil zakat menurut jenis-jenisnya yang sembilan, mengembalikan wuduk basuh dan sembahyang kepada waktunya, syariatnya dan tempatnya, mengembalikan ahli Najran ke tempat-tempat mereka, mengembalikan layanan terhadap tawanan perang Parsi dan bangsa-bangsa lain kepada kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya”.
Sunnah Khalifah Abu Bakar dan sunnah Khalifah Umar yang menyalahi Sunnah Nabi SAW menjadi budaya dan ikutan para sahabat
“Sekiranya aku melaksanakan semua ini, nescaya mereka bertebaran meninggalkanku. Demi Allah ketika aku perintahkan mereka supaya tidak melakukan sembahyang jama’ah di masjid pada bulan Ramadan kecuali sembahyang-sembahyang fardu dan memberitahu kepada mereka bahawa sembahyang sunat berjama’ah (Tarawih) adalah bidaah, sekelompok tenteraku yang pernah berperang di pihakku mulai berteriak: “Wahai kaum Muslimin! Ali ingin mengubah Sunnah Umar dan bermaksud menghentikan kita dari melakukan sembahyang-sembahyang sunat Tarawih pada bulan Ramadan sehingga aku khuatir mereka akan memberontak”
Perpecahan umat dan pemimpin yang sesat
“Pada masa yang sama aku sedang menghadapi perpecahan di kalangan umat dan ketaatan mereka kepada pemimpin-pemimpin mereka yang sesat “(a’immah dhalalah wa al-Du‘ati ila al-Nar) yang hanya menyeru mereka ke neraka”[al-Kulaini, al-Raudhah min al-Kafi, (vii), Hadis 21, hlm. 51-52].
42. Perselisihan sesama mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah sering berlaku dalam masyarakat Islam semenjak dulu sehingga sekarang.
Perselisihan itu telah dijelaskan oleh al-Zamakhsyari seperti berikut:
Jika aku ditanya tentang mazhabku,
aku tidak akan menjawabnya.
Jika aku berkata: Aku seorang Hanafi,
mereka akan berkata: Meminum arak adalah halal bagiku”.
Jika aku berkata: Aku seorang Maliki, mereka akan berkata: Memakan daging anjing adalah halal bagiku.
Jika aku berkata: Aku seorang Syafi’i, mereka akan berkata: Mengahwini anak perempuan zinaku adalah halal bagiku.
Jika aku berkata: Aku seorang Hanbali, mereka akan berkata: Aku menyerupai Tuhan dengan makhluk (tajsim).
Jika aku berkata: Aku seorang Ahlul-Hadis, mereka akan berkata: Aku sepertilah seekor kambing jantan (bodoh) tidak dapat memahami sesuatu”
(al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, jilid, II, Cairo, tt., hlm. 24).
43. Tidakkah sebahagian daripada fatwa Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Syafi’i, umpamanya, tersasar dari al-Qur’an dan Hadis serta akal yang sejahtera?
44. Kenapa fatwa mereka masih dipatuhi walaupun ada yang menyalahi al-Qur’an dan Hadis?
45. Justeru, tidak ada fatwa suci (sacred) atau (muqaddas)apatah lagi jika ia menyalahi al-Qur’an dan Hadis serta akal yang sejahtera.
46. Oleh itu, akidah dan fekah Ahli Sunnah Wal Jamaah perlu dinilai kembali berdasarkan al-Qur’an dan Hadis serta akal yang sejahtera. Kenapa tidak?
47. Teks Fatwa dalam bahasa Arab:
https://drive.google.com/file/d/1BBtrRrall3Sdk5siSp8W9qlgNZEwRgGO/view?usp=drivesdk
https://drive.google.com/file/d/1BCROnQOYYZUyEG_yECP47w_Ncvu6gU-D/view?usp=drivesdk
https://drive.google.com/file/d/1BDWX08RBN7_lybNaUSO9t8-BSYHaPHnw/view?usp=drivesdk
https://drive.google.com/file/d/1BFzcduS5Vzolu4sfdPL6ywfi5JOVuBzC/view?usp=drivesdk
https://drive.google.com/file/d/12aImJbBv1e0cSE6vBNmVsjG7Wk8fmvKr/view?usp=drivesdk
https://drive.google.com/file/d/1yiHoydNprAnPuJaSfqdLXH-P1KSWbN6X/view?usp=drivesdk
Untuk mendapat eBook secara gratis, sila layari: almawaddah.info
Oleh: Pencinta al-Qur’an dan Hadis sebagai asas agama Islam Malaysia.